Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia lakar sejarah, dipilih Ahli Lembaga UNESCO bagi penggal 2025-2029
  • SEMASA

Malaysia lakar sejarah, dipilih Ahli Lembaga UNESCO bagi penggal 2025-2029

Utusan Sarawak 20 hours ago
MENTERI Pendidikan merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Fadhlina Sidek. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia melakar sejarah gemilang di persada antarabangsa apabila dipilih sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi penggal 2025 hingga 2029.

Menteri Pendidikan merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Fadhlina Sidek berkata pemilihan Malaysia itu diumumkan pada Persidangan Agung UNESCO ke-43 di Samarkand, Uzbekistan.

Beliau menyifatkan kejayaan tersebut sebagai pengiktirafan dunia terhadap kepimpinan, sumbangan dan keupayaan Malaysia dalam memacu agenda global pendidikan, sains dan kebudayaan demi kesejahteraan global yang inklusif dan mampan.

“Mewakili Malaysia, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua negara anggota UNESCO yang telah memberikan kepercayaan ini.

“Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama pasukan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Kementerian Pendidikan, Pejabat Delegasi Tetap Malaysia ke UNESCO di Paris, Kementerian Luar serta rakan strategik yang sentiasa komited memperjuangkan kepentingan bersama di peringkat global,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Fadhlina berkata pemilihan Malaysia adalah amanah untuk memastikan suara negara membangun khususnya di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik, terus didengari dan dihormati selain  menyerlahkan komitmen berterusan negara bagi membina masa hadapan lebih inklusif, aman dan lestari untuk generasi akan datang.

Beliau berkata Malaysia akan terus menjadi rakan yang strategik, proaktif dan konstruktif di UNESCO, memacu dasar dan inisiatif yang memartabatkan pendidikan berkualiti, memperkukuh sains dan teknologi untuk pembangunan mampan serta memelihara warisan budaya dan alam sekitar dunia.

“Menerusi mandat baharu ini, Malaysia akan memainkan peranan strategik dalam membentuk hala tuju UNESCO untuk empat tahun akan datang sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI dan agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030,” katanya.

-Bernama  

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sibu miliki Pusat Sokongan Sosial Komuniti kedua di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.