Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Samarahan dan Zon 6 rangkul kejuaraan Piala Pengarah 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Samarahan dan Zon 6 rangkul kejuaraan Piala Pengarah 2025

Utusan Sarawak 5 hours ago
KEJOHANAN Bola Sepak Piala Pengarah 2025 melabuhkan tirai dengan penuh meriah pagi ini di Stadium Siburan. Foto: Jabatan Pertanian Sarawak

SIBURAN: Bahagian Samarahan dan Pasukan Wanita Zon 6 muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah 2025 yang melabuhkan tirai dengan penuh meriah pagi ini di Stadium Siburan.

Dalam aksi final kategori lelaki, Samarahan menewaskan Miri 2–1 untuk merampas kembali Piala Pusingan yang sebelum ini menjadi milik Bahagian Serian.

Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan reputasi Samarahan sebagai antara pasukan paling konsisten dalam kejohanan peringkat jabatan tersebut.

Kategori wanita yang diperkenalkan buat pertama kali tahun ini turut menyaksikan saingan sengit apabila Zon 6 iaitu gabungan Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang berjaya menundukkan Zon 5 (Sibu, Mukah dan Kapit) menerusi sepakan penalti 1–0.

Awang Azizul Haqim Awang Dewa dari Samarahan dinobatkan sebagai Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak kategori lelaki, manakala kategori wanita menyaksikan Rozie Jalong diumum sebagai Pemain Terbaik dan Lieliana Lennie Empenit sebagai Penjaring Terbanyak mewakili Zon 6.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat, yang dalam ucapannya menegaskan kepentingan kecergasan fizikal dan mental dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Beliau berkata aspek kesihatan dan kesukanan wajar diberi penekanan berterusan bagi memastikan penjawat awam Sarawak kekal produktif, berkualiti dan berwibawa dalam menjalankan tugas harian.

Kejohanan yang berlangsung sempena Seminar Pengembangan dan Pemerkasaan Modal Insan Jabatan Pertanian Sarawak ini sekali lagi menjadi platform mengeratkan hubungan serta semangat berpasukan dalam kalangan warga jabatan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: UNIQLO Bintang Megamall Miri beroperasi semula dengan wajah baharu, promosi menarik
Next: Naik taraf jalan ke surau baharu Kampung Tanjung Tengah dipergiat di bawah projek RTP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.