Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lori muatan kereta rempuh lori balak di Jalan Sibu-Bintulu
  • KEMALANGAN

Lori muatan kereta rempuh lori balak di Jalan Sibu-Bintulu

Utusan Sarawak 21 hours ago
KEMALANGAN yang berlaku melibatkan treler membawa muatan kereta dan balak, tengah malam tadi. Foto IPD Mukah

SELANGAU: Dua lori treler masing-masing membawa muatan kereta dan balak terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 97, Jalan Sibu–Bintulu, berhampiran Sepiring, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar 12.13 pagi apabila lori treler membawa muatan kereta yang sedang bergerak dari arah Selangau menuju ke Bintulu hilang kawalan sebelum melanggar belakang lori treler bermuatan balak yang berada di bahu jalan.

“Siasatan awal mendapati lori treler yang membawa muatan kereta telah hilang kawalan ketika tiba di kawasan kejadian lalu merempuh lori treler bermuatan balak yang berhenti di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KEMALANGAN yang berlaku melibatkan treler membawa muatan kereta dan balak, tengah malam tadi. Foto IPD Mukah

Beliau berkata, pemandu lori membawa muatan kereta tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala identiti serta keadaan pemandu lori treler balak masih dalam siasatan.

Menurutnya, lori treler yang membawa muatan kereta mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan akibat pelanggaran tersebut.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Rizal turut memaklumkan bahawa pihak polis sedang mengesan pemandu dan pemilik lori treler bermuatan balak berkenaan.

Beliau menambah, kejadian itu juga telah dimaklumkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Wilayah Bintulu untuk tindakan lanjut berhubung muatan balak yang terlibat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa hilang di Sungai Kuala Tutoh dipercayai maut akibat serangan buaya
Next: Pelajar maut dalam kemalangan di Jalan Lawas–Punang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.