Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah

Utusan Sarawak 11 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.98 mata atau 0.06 peratus kepada 1,617.96 daripada 1,618.94 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama dibuka rendah 1.31 mata pada 1,617.63.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 274 berbalas 72, manakala 313 kaunter tidak berubah, 2,002 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 167.54 juta unit bernilai RM63.68 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengalami penurunan semalaman apabila kebimbangan mengenai gelembung penilaian dalam saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat.

Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh pasaran buruh AS, menyaksikan sejumlah besar pemberhentian kerja pada bulan Oktober, manakala hasil Perbendaharaan 10 tahun susut kepada 4.09 peratus.

“Di peringkat tempatan, kami menjangkakan aktiviti belian akan kembali dengan FBM KLCI dijangka berada dalam julat 1,620-1,630 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM9.91, CIMB Group berkurangan dua sen kepada RM7.48, Public Bank tidak berubah pada RM4.26. Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM13.24, manakala IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM8.25.

Bagi saham aktif, MMAG turun 1.5 sen kepada lapan sen, Pertama Digital fell merosot 7.5 sen kepada 3.5 sen dan Perak Transit berkurangan setengah sen kepada 26 sen.

Dalam pada itu, Pharmaniaga meningkat 0.5 sen kepada 24 sen, manakala TWL tidak berubah pada remained 2.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan Apex Healthcare dan Hong Leong Financial meningkat empat sen masing-masing kepada RM2.62 dan RM17.20, manakala Westports melonjak tiga sen kepada RM5.34.

Antara kaunter paling rugi, United Plantations merosot 32 sen kepada RM25.26, Petronas Dagangan turun 24 sen kepada RM22.30, Malaysian Pacific Industries merosot 16 sen kepada RM30.04, Time Dotcom berkurangan 11 sen kepada RM4.89 dan Nestle menguncup 10 sen kepada RM112.70.

Di papan indeks, FBMT 100 berkurang 16.82 mata kepada 11,778.38, FBM Emas turun 19.79 mata kepada 12,018.10, FBM Emas Shariah susut 21.77 mata kepada 12,035.43, FBM ACE turun 29.48 mata kepada 5,053.97 dan FBM Mid 70 menguncup 66.27 mata kepada 16,876.47.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 7.14 mata kepada 8,050.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.97 mata kepada 167.99, Indeks Perkhidmatan Kewangan kehilangan 12.19 mata kepada 18,325.68, manakala Indeks Tenaga susut 2.23 mata kepada 765.63.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Next: Sarawak berpotensi tingkatkan penglibatan dalam pasaran modal negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.