
KUCHING: Panggung Seni Tradisional 2025 bakal menampilkan persembahan Teater Muzikal Kumang Keling yang mengangkat kisah legenda cinta agung masyarakat Iban pada esok dan Sabtu di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS).
Malam kedua pementasan pada Sabtu ini akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu.
Dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan kerjasama Kampung Budaya Sarawak dan Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching, teater arahan Tini Tyrani Adurahman ini bertujuan memperkasakan seni persembahan tradisional agar kekal relevan kepada generasi muda.
Antara barisan pelakon utama ialah Anding Indrawani, Lorna Lamban Walter, Azam Pitt dan Ricky Raca Kimwah.
Tiket berharga RM20 dan RM50 boleh didapati melalui imbasan kod QR atau menghubungi Wendy (019-8836144), Fatin (014-5967837) dan Dewi (011-10012909).