Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • SESCO perkukuh dasar sifar toleransi, dua kes kecurian elektrik dikesan di Siburan dan Serian
  • Selatan
  • WILAYAH

SESCO perkukuh dasar sifar toleransi, dua kes kecurian elektrik dikesan di Siburan dan Serian

Utusan Sarawak 13 hours ago
PASUKAN SESCO memeriksa kawasan siling premis bagi mengesan sambungan terus haram. Wayar sambungan yang dipasang secara tidak sah ditemui di lokasi dan telah dirampas.

SERIAN: Syarikat SESCO Berhad (SESCO), anak syarikat operasi Sarawak Energy, terus memperkukuh pelaksanaan dasar sifar toleransi terhadap kecurian elektrik selepas berjaya mengesan dua kes sambungan haram melibatkan cawangan rangkaian pasar raya sama di Siburan dan Serian.

Dalam serbuan di Siburan, pasukan pemeriksaan meter SESCO menemui wayar sambungan terus yang disembunyikan di atas siling premis bagi memintas meter elektrik, sekali gus membolehkan bekalan elektrik disedut secara haram terus daripada talian utama.

WAYAR sambungan terus haram ditemui di dalam premis (ditandakan dengan anak panah merah).

Sementara itu, di cawangan Serian, pemeriksaan turut menemui kaedah sama apabila wayar sambungan haram disembunyikan di belakang papan tanda berhampiran kaki lima.

Hasil siasatan mendapati kerugian dianggarkan melebihi RM13,000 sebulan bagi cawangan di Siburan dan kira-kira RM6,800 sebulan di Serian.

Semua sambungan haram tersebut telah diputuskan serta-merta, dan peralatan yang digunakan untuk tujuan itu turut dirampas.

WAYAR sambungan terus yang dipasang secara haram ditemui di tapak.

Laporan polis telah dibuat dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 33(5) Ordinan Elektrik, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sarawak Energy menegaskan bahawa mencuri elektrik bukan sahaja menyalahi undang-undang, tetapi turut membahayakan keselamatan kerana boleh menyebabkan kejutan elektrik, kebakaran, kerosakan peralatan elektrik dan kehilangan nyawa.

Sambungan tidak sah juga memberi tekanan kepada sistem bekalan dan boleh menjejaskan bekalan kepada premis berdekatan.

WAYAR sambungan terus dikenalpasti di belakang titik akhir pendawaian utama (ditanda dengan anak panah merah).

Bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, pasukan pemeriksaan meter SESCO menjalani latihan teknikal berterusan bagi mengesan kaedah kecurian yang semakin canggih, selain dibantu oleh pelaburan dalam teknologi pengesanan terkini dan sistem pemantauan masa nyata.

Sarawak Energy komited memastikan bekalan elektrik yang selamat dan boleh dipercayai kepada semua pelanggan serta akan memperhebat operasi penguatkuasaan, khususnya di kawasan luar bandar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan mencuri elektrik digalakkan menyalurkannya secara anonim melalui Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau e-mel customercare@sarawakenergy.com.

LALUAN wayar menunjukkan sambungan terus haram di dalam premis.
Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah susur cetus ancaman tanah runtuh di Kuala Tutoh
Next: MPP to hold buy back campaign for recyclables and used items

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.