Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah susur cetus ancaman tanah runtuh di Kuala Tutoh
  • Utara
  • WILAYAH

Tanah susur cetus ancaman tanah runtuh di Kuala Tutoh

Utusan Sarawak 11 hours ago
BERBAHAYA… Keadaan tanah susur di jeti Kuala Tutuh, Baram Foto APM Beluru

MARUDI: Kawasan Kuala Tutoh diancam kejadian tanah runtuh selepas berlaku tanah susur di kawasan tersebut semalam.

Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Beluru menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan tentang kejadian itu pada 7.58 malam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata sebaik menerima panggilan kecemasan tersebut beliau mengarahkan anggota Pertahanan Awam dari Skuad Bravo diketuai L/ Kpl. ( PA) Kamil Tahir dan Pbt. ( PA) Azraai Fahimi Baim.

Katanya anggotanya bergerak ke lokasi kejadian pada 9.08 dan sampai ke lokasi pada 11.08 malam.

Setibanya sampai ke lokasi anggotanya berjumpa dengan penduduk kampung yang memaklumkan kejadian tanah susur tersebut berlaku di jeti sungai awal pagi kelmarin dan kejadian kedua berlaku pada 9.00 semalam.

Dalam pada itu anggotanya menasihatkan peduduk di situ supaya berhati-hati menggunakan jeti tersebut dan terus memantau keadaan tanah susur di situ dari semasa ke semasa.

Tambahnya keadaan terkawal dan selamat dan selesai tugas Skuad Bravo bergerak balik ke PKOD pada 11.50 malam.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua nelayan hilang selepas vesel terbalik akibat laut bergelora di Bintulu
Next: SESCO perkukuh dasar sifar toleransi, dua kes kecurian elektrik dikesan di Siburan dan Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.