Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penjawat awam wanita di Sibu lesap RM44,000 terkena ‘scam’
  • JENAYAH

Penjawat awam wanita di Sibu lesap RM44,000 terkena ‘scam’

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Seorang wanita mengalami kerugian RM44,000 setelah terperdaya dengan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, mangsa berumur dalam lingkungan 40-an merupakan penjawat awam telah melayari aplikasi facebook dan terlihat satu iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi dalam masa singkat. 

“Mangsa yang berminat dengan iklan tersebut telah diminta untuk mengisi link yang diberikan iaitu

https.uoagroup.net.person.html. Dalam link ini, mangsa telah mengisi maklumat peribadi dan

maklumat akaun bank,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang mula percaya dan ingin mendapatkan keuntungan seperti yang dijanjikan

membuat pemindahan wang sebanyak enam kali transaksi secara kesuluruhan sejumlah RM44,000 ke dalam empat akaun tempatan yang berlainan. 

“Mangsa mula menyedari telah ditipu apabila ingin mengeluarkan dividen tetapi diminta membuat bayaran sebanyak RM13,000 atas alasan mendaftar nombor kad pengenalan mangsa ada tersilap satu nombor. 

“Melihat arahan yang meragukan dan dinasihatkan oleh rakan telah terlibat dengan sendiket penipuan mangsa mula sedar ditipu,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: AKPS gagalkan cubaan seludup dadah ke Manchester bernilai RM8.3 juta
Next: Empat lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti judi di Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.