Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga Indonesia maut dirempuh pacuan empat roda di Simpang Saratok 
  • KEMALANGAN

Warga Indonesia maut dirempuh pacuan empat roda di Simpang Saratok 

Utusan Sarawak 7 hours ago
MANGSA warga Indonesia maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 418.1 Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Simpang Saratok, pagi tadi. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 418.1 Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Simpang Saratok, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian berlaku sekitar 11.27 pagi apabila mangsa dilanggar oleh sebuah Toyota Hilux dipandu seorang jurujual berusia 25 tahun dari Sibu.

“Siasatan awal mendapati pemandu terbabit sedang dalam perjalanan menuju ke Kuching.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, beliau tidak sempat mengelak pejalan kaki yang dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja ladang cedera parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala keadaan cuaca ketika kejadian dilaporkan baik dan jalan dalam keadaan kering.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Tengah
Next: Bapa dan anak parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Pusa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.