Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hargai kemerdekaan dengan kesyukuran – Karim
  • TEMPATAN

Hargai kemerdekaan dengan kesyukuran – Karim

Utusan Sarawak 5 years ago
PATRIOTIK… Datuk Abdul Karim dan tetamu yang hadir berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku.

ASAJAYA: Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menghargai kemerdekaan yang kita kecapi kini  dengan rasa  bersyukur  kerana kita masih dapat hidup dalam sebuah negara yang aman damai.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian  ketika merasmikan Program Merdeka@Komuniti Peringkat Bahagian Samarahan anjuran Jabatan Penerangan Daerah Samarahan dengan Kerjasama Pejabat Daerah Asajaya di Kampung Sebandi Ulu, Asajaya, Jumaat lalu

Katanya, keamanan yang kita kecapi sekarang tidak datang bergolek kerana ia datang dengan perancangan keselamatan, pentadbiran teratur dan sebuah negara yang mempunyai kestabilan politik.

“Kita seharusnya lebih menghayati erti kemerdekaan dan membaca sejarah itu sendiri agar kita tahu pembentukan Malaysia ini dan tidak wujud rasa tidak berpuas hati terhadap apa yang nenek moyang kita persetujui ketika menandatangi Perjanjian Pembentukan Malaysia,” ujarnya.

Karim juga mengucap tahniah kepada Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak  kerana berjaya membawa program seperti ini  kerana ia sedikit sebanyak membawa pembukaan  minda tentang sejarah dan taklimat tentang perkembangan semasa.

Tambahnya, dalam keadaan kita masih lagi di Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)  perlu kita akur dan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) demi memutuskan rantaian Covid-19 terutamanya di Sarawak dan terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Dalam majlis sama, Karim turut memaklumkan mengenai Kabinet negeri telah meluluskan  penambahan jawatan dalam ketua masyarakat di seluruh Sarawak, pada masa ini di Asajaya terdapat 32 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK)  dan pertambahan sebanyak 16  yang kini dapat peringkat diperhalusi oleh jawatankuasa pemilihan KMKK.

Sebelum itu, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Aziz Abdul Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua agensi atas kerjasama strategik yang terbentuk antara Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak bersama agensi persekutuan dan negeri.

Continue Reading

Previous: KPDNHEP lupus barang kes
Next: Pupuk kerjasama kalangan anggota polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.