Kebakaran rumput di Bukit Melot berjaya dikawal pasukan bomba

Facebook
WhatsApp
PADAM KEBAKARAN…. Anggota bomba memadam kebakaran rumput di kawasan perumahan Bukit Melot. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor berjaya memadam kebakaran rumput seluas kira-kira 0.8 hektar di kawasan perumahan Bukit Melot petang semalam.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.37 petang dan bergegas ke lokasi. 

“Seramai lima anggota bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang telah digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran melibatkan kawasan rumput seluas kira-kira kira-kira 0.8 hektar berhampiran kawasan perumahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, operasi pemadaman dilakukan menggunakan kekili hos dan alat pemukul api bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.

“Api berjaya dipadamkan dalam tempoh lebih kurang 58 minit. 

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dan operasi tamat sekitar 3.40 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis