Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan tambahan untuk bekalan air
  • TEMPATAN

Peruntukan tambahan untuk bekalan air

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT DATANG… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Lapangan Terbang Bintulu untuk merasmikan Majlis Penutupan Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Neg

BINTULU: Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan setiap rakyat di negeri ini menikmati keperluan asas seperti bekalan air untuk kesejahteraan hidup.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM4 bilion untuk tujuan itu.

“Kerajaan Sarawak memberi peruntukan tambahan kepada Kementerian Utiliti Sarawak untuk melaksanakan projek bekalan air luar bandar di negeri ini,” katanya pada majlis penutupan rasmi Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Negeri Sarawak bertemakan ‘Integriti Kepimpinan Mencetus Tamadun Ummah’ di Dewan Suarah Bintulu di sini pada petang Jumaat.

“Peruntukan ini adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat luar bandar supaya turut sama menikmati bekalan air bersih bagi keperluan harian mereka,” katanya.

Mengenai seminar tersebut, Abang Johari berharap pentadbiran dan pengurusan masjid dan surau diurus dengan penuh amanah dan berintegriti.

“Tanggungjawab dan amanah penting dalam melaksanakan urus tadbir agar dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan sekali gus memberi keadilan kepada masyarakat keseluruhannya,” katanya.

Seminar tersebut dihadiri 600 peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau dari Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang, NGO Islam dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Hargai, pertahan perpaduan
Next: Dihadiri lebih 800 perwakilan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.