Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Dua maut, seorang parah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Sare
  • KEMALANGAN

Dua maut, seorang parah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Sare

Utusan Sarawak 1 day ago
KEMALANGAN MAUT….Kemalangan maut melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta Hyundai Atos. Foto PGO Bomba Sarawak 

SARIKEI: Dua lelaki maut dan seorang wanita cedera parah akibat kemalangan jalan raya di Jalan Sare, hari ini. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, kemalangan maut tersebut melibatkan dua motosikal dan sebuah kereta Hyundai Atos. 

“Dua lelaki yang meninggal dunia di lokasi berumur 43 tahun dan 58 tahun. Mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemalangan. 

“Manakala, wanita yang cedera parah berumur 58 tahun dan telah dihantar menggunakan ambulans KKM ke Hospital Sarikei untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei menerima panggilan kecemasan sekitar 9.35 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan. 

Katanya, pasukan bomba tiba di lokasi membantu pihak polis dan KKM untuk mengangkat mangsa kemalangan ke kawasan yang selamat. 

Oleh Earl Anek 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki maut dilanggar kenderaan tidak dikenal pasti di Kuala Baram
Next: Bumbung garaj roboh di Taman Reservoir, tiada mangsa cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.