Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM73,500 disalurkan kepada 25 pertubuhan dan rumah ibadat di DUN Pujut
  • Utara
  • WILAYAH

RM73,500 disalurkan kepada 25 pertubuhan dan rumah ibadat di DUN Pujut

Utusan Sarawak 1 day ago
KENANGAN…Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang (baris depan, empat dari kanan) merakam gambar kenangan bersama penerima sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Miri, semalam  

MIRI: Sebanyak RM73,500 disalurkan kepada 25 pertubuhan, persatuan dan rumah ibadat menerusi majlis penyerahan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut yang diadakan di Pusat Khidmat Pujut di sini, semalam.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang.

Berucap pada majlis itu, Adam Yii berkata penyaluran geran tersebut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara serta memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau turut menjelaskan bahawa Pusat Khidmat Pujut memainkan peranan penting sebagai saluran utama dalam menyalurkan bantuan dan menyelesaikan isu-isu rakyat.

“Sehingga 30 Oktober 2025, sebanyak 1,747 kes telah diterima dan diuruskan oleh pusat ini, termasuk 389 kes pada suku ketiga tahun ini.

“Aduan berkaitan kebajikan dan bantuan kewangan golongan B40 merupakan antara yang paling banyak diterima, selain permohonan Program Pembaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS), aduan awam serta permohonan bantuan pendidikan,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Perpaduan lima Kelab Toastmasters bukti kekuatan kepimpinan komuniti Sibu
Next: Pejabat TPR Limbang perkukuh kecekapan, akses keadilan di utara Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.