
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Ritcher melanda Laut Banda, Indonesia pada 11.09 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa dengan kedalaman 172 kilometer (km) itu, berlaku pada jarak 453km selatan dari Ambon, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-BERNAMA