Biden kian hilang taring di Florida

Facebook
WhatsApp
JOE BIDEN

WASHINGTON: Calon presiden demokrat Joe Biden dilihat kian hilang taringnya di negeri Florida manakala pencabarnya Presiden Donald Trump semakin berada di kedudukan kukuh menjelang pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada November, menurut tinjauan Quinnipiac Poll.

Agensi berita Sputnik melaporkan tinjauan dikeluarkan pada Khamis itu mendapati 48 peratus pengundi di Florida kemungkinan menyokong Biden sementara 45 peratus lagi menyokong Trump.

Kedudukan Biden merosot dibandingkan dengan tinjauan sebelum ini yang dibuat pada akhir Julai, memperlihatkan beliau selesa dengan memperoleh 51 peratus undian berbanding Trump yang sekadar menerima 38 peratus. 

Hasil tinjauan turut mendedahkan Trump mendahului 45-43 peratus dalam kalangan pengundi Hispanik. Tinjauan pada Julai menunjukkan Biden mendahului Trump untuk sokongan pengundi Hispanik dengan kedudukan 50-33 peratus.- Bernama

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi