Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Projek Seni Sarikei perkasa warisan, inovasi komuniti tempatan
  • PENDIDIKAN

Projek Seni Sarikei perkasa warisan, inovasi komuniti tempatan

Utusan Sarawak 2 days ago
KREATIF… Seni batik dibawa ke tahap baharu menerusi bengkel Batik Reimagined: Contemporary Motifs and Digital Drawing pula membawa seni batik ke tahap baharu. Foto KKSR

SARIKEI: Usaha memartabatkan seni dan warisan tempatan terus diperkasa melalui Projek Seni Sarikei yang menghimpunkan 56 orang peserta komuniti di Kolej Komuniti Sarikei (KKSR), hari ini. 

Menurut KKSR dalam kenyataan medianya, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH) dengan dana daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta dianjurkan bersama oleh Persatuan E-Platform Media Digital Sarawak, KKSR dan Pustaka Negeri Sarawak.

Katanya, projek tersebut menampilkan tiga bengkel utama yang menggabungkan seni tradisi dengan teknologi moden. 

MENARIK… Bengkel From Craft to Code: Sugu Tinggi and 3D Printing yang dijalankan di KKSR, hari ini. Foto KKSR

“Bengkel From Craft to Code: Sugu Tinggi and 3D Printing memperkenalkan gabungan seni kraf dan percetakan 3D. 

“Bengkel Sweet Traditions, Smart Editing: Kuih Sarang Semut dan Videopula mengetengahkan pembuatan kuih tradisional disertai latihan suntingan video. 

“Manakala, bengkel Batik Reimagined: Contemporary Motifs and Digital Drawing pula membawa seni batik ke tahap baharu melalui motif kontemporari dan lukisan digital,” katanya.

FOKUS… Para peserta bengkel Sweet Traditions, Smart Editing: Kuih Sarang Semut dan Videofokus menjalankan tugasan masing-masing. Foto KKSR 

Sementara itu, katanya, peserta bengkel, Fatimah Narawi, 66, melahirkan rasa teruja dengan pengalaman baharu yang diperolehi sepanjang penyertaan program tersebut.

“Saya tidak pernah terfikir bahawa resepi kuih sarang semut yang saya warisi boleh dipasarkan secara meluas dengan video yang menarik.

“Bengkel penyuntingan video memberi saya alat yang sangat praktikal untuk meningkatkan jualan.

“Ini betul-betul peluang untuk menjana pendapatan tambahan menggunakan kemahiran lama dan baharu,” kata Fatimah Narawi. 

MENARIK… Bengkel From Craft to Code: Sugu Tinggi and 3D Printing yang dijalankan di KKSR, hari ini. Foto KKSR

Mengulas mengenai kerjasama erat ini, Setiausaha Persatuan E-Platform Media Digital Sarawak, Felix Lee, berkata kolaborasi strategik antara pihak akademik, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) merupakan kunci kepada pembinaan ekosistem kreatif yang mampan.

“Kolaborasi antara pihak akademik, kerajaan dan NGO adalah kunci untuk mewujudkan ekosistem kreatif yang mampan.

“Melalui program ini, kami berjaya menyalurkan kemahiran digital praktikal kepada komuniti, membolehkan mereka menjadikan warisan seni tradisi sebagai produk yang relevan di platform digital. 

“Impaknya adalah segera iaitu peserta kini mempunyai alat untuk meningkatkan ekonomi kraf dan makanan tempatan mereka,” ujar Felix. 

KKSR berkata, peserta melahirkan rasa teruja kerana berpeluang melihat demonstrasi teknologi baharu di samping menghasilkan karya seni mereka sendiri.

“Ramai berpendapat program ini memberi mereka ilmu praktikal yang berguna untuk keusahawanan kreatif, inovasi produk dan penghasilan kandungan digital.

“Projek Seni Sarikei sekali gus memperkukuh hubungan akademia, industri dan perpustakaan dalam usaha membina komuniti yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing, serta menjadikan Sarawak sebagai destinasi pelancongan dan pusat kreativiti yang kompetitif di rantau ini,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Guru perlu manfaat teknologi digital selaras keperluan semasa – Fahmi
Next: Graduan cemerlang UPM Sarawak sifatkan ilmu pertanian didik generasi muda hargai rezeki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.