Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sarawak ungguli kedudukan kedua Kejohanan Tarik Tali Pantai Asia ke-15
  • SUKAN

Sarawak ungguli kedudukan kedua Kejohanan Tarik Tali Pantai Asia ke-15

Utusan Sarawak 15 hours ago
KEJAYAAN MEMBANGGAKAN… Steve bersama pasukan Sarawak merakam kenangan pada Kejohanan Tarik Tali Pantai Asia ke-15 di Langkawi 2025.

LIMBANG: Pasukan tarik tali dari Limbang, iaitu pasukan Malaysia B mengharumkan nama Sarawak apabila mengungguli naib juara Kejohanan Tarik Tali Pantai Asia ke-15 di Langkawi 2025 yang berlangsung penuh meriah di Dataran Tanjung Rhu Langkawi baru-baru ini.

Juara bagi kategori berkenaan dimenangi pasukan Chinese Taipei dan tempat ketiga diungguli pasukan Malaysia A (Sabah).

Kejohanan berprestij itu menyatukan penyertaan dari enam negara serantau termasuk Chinese Taipei, India, Kuwait, Kyrgyzstan, Mongolia dan Malaysia selain penyertaan khas daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

ANTARABANGSA… Steve menerima piala tempat kedua kategori antarabangsa Kejohanan Tarik Tali Pantai Asia ke-15 di Langkawi 2025.

Sebanyak 44 pasukan bertanding dalam lapan kategori berat yang memperlihatkan kehebatan dan semangat juang tinggi para atlet.

Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Sarawak, Steve Lius berkata, pengadil kebangsaan dari Lawas, Awang Noorsaini Abdul Gani di bawah naungan persatuan ini juga terlibat dalam kejohanan yang menghimpunkan para jaguh tarik tali dari seluruh benua Asia.

KEBANGSAAN… Sarawak menduduki tempat kedua bagi Kejohanan Tarik Tali Pantai Asia ke-15 di Langkawi 2025 kategori kebangsaan.

“Kejayaan pasukan dari Sarawak dan penglibatan Awang Noorsaini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Ini membuktikan keupayaan dan tahap profesionalisme pengadil dari Sarawak di peringkat global.

“Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua yang telah mengharumkan nama negeri di pentas antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seterusnya, Steve melihat kejohanan kali ini banyak memberi ruang kepada pasukan Sarawak untuk terus membaiki kelemahan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik ke suku akhir terbuka Hylo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.