Remaja, satu-satunya mangsa terselamat selepas bangunan runtuh ragut nyawa keluarganya di Türkiye

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba dan pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap selepas sebuah bangunan kediaman runtuh di Gebze, Turki.

ISTANBUL: Pasukan penyelamat di barat laut Türkiye menemui lima sekeluarga tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka, dengan anak perempuan berusia 18 tahun menjadi satu-satunya mangsa yang terselamat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis memetik siaran penyiar TRT.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Mehmet Aktaş yang dipetik TRT, remaja yang terselamat itu berada dalam keadaan baik walaupun mengalami trauma dan kini menerima rawatan di hospital.

Bangunan yang terletak di Gebze, Wilayah Kocaeli berhampiran Istanbul itu runtuh pada pagi Rabu atas sebab yang masih disiasat. Lebih 600 anggota penyelamat dikerahkan dalam operasi mencari keluarga berkenaan yang berlarutan sepanjang hari hingga ke malam.

Menurut TRT, mayat kedua ibu bapa mangsa ditemui selepas 19 jam operasi mencari dijalankan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, 12 bangunan berdekatan turut dikosongkan.

Punca kejadian masih dalam siasatan. Penduduk tempatan dilaporkan menyedari kerosakan pada bahagian luar dan lantai bangunan sehari sebelum insiden berlaku.

Jiran-jiran memberitahu CNN Türk bahawa kerja pembinaan laluan metro sedang dijalankan berhampiran lokasi, namun belum dapat dipastikan sama ada kejadian itu berkaitan dengan projek terbabit atau kesan gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang melanda Wilayah Balikesir di barat Türkiye pada Isnin lepas, disusuli beberapa gegaran susulan.

Walaupun pusat gempa terletak lebih 200 kilometer dari Istanbul, gegaran itu masih dapat dirasai di bandar raya itu.

Bangunan tujuh tingkat yang runtuh itu didiami beberapa keluarga, namun menurut laporan media tempatan, kebanyakan penghuni lain tidak berada di rumah kerana cuti umum.- Bernama-dpa

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos