Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pemandu cedera parah, treler muatan minyak rempuh belakang treler baja
  • KEMALANGAN

Pemandu cedera parah, treler muatan minyak rempuh belakang treler baja

Utusan Sarawak 1 day ago
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua lori treler di Batu 9, Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu-Miri, petang tadi. Foto JBPM Sarawak

BINTULU: Seorang pemandu lori treler cedera parah selepas kenderaan membawa muatan minyak yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler lain yang membawa muatan baja di Batu 9, Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu–Miri, petang tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.11 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan dua lori treler. 

“Pemandu lori muatan minyak didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan parah namun dalam keadaan sedar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba seterusnya bertindak mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pemandu lori treler muatan baja dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Jasad mangsa lelaki disambar buaya di Niah ditemui 500 meter dari lokasi kejadian
Next: Pejalan kaki maut dilanggar Hilux di Mambong-Seratau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.