Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kadar kebolehpasaran graduan GiatMARA cecah 99.49 peratus bukti TVET semakin diiktiraf
  • PENDIDIKAN

Kadar kebolehpasaran graduan GiatMARA cecah 99.49 peratus bukti TVET semakin diiktiraf

Utusan Sarawak 1 day ago
MAJLIS Graduasi GiatMARA Malaysia Ke-38 Sidang 9 yang diadakan di PCC Demak, hari ini. Foto GiatMARA Sarawak

KUCHING: Projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo disifatkan sebagai pemangkin utama kepada peluang pekerjaan baharu di Sarawak, khususnya bagi lepasan pelatih GiatMARA yang memiliki kemahiran teknikal dan vokasional tinggi.

Ahli Lembaga Pengarah GiatMARA, Che Rahim Daud berkata projek infrastruktur berskala besar seperti ini memerlukan tenaga mahir dalam pelbagai bidang termasuk elektrik, mekanikal, kimpalan dan fabrikasi logam, automotif, serta teknologi maklumat, bidang-bidang yang selari dengan latihan ditawarkan GiatMara.

“Projek Lebuh Raya Pan Borneo akan membuka banyak peluang kerjaya kepada lepasan pelatih GiatMARA Sarawak kerana sektor pembinaan moden kini amat memerlukan kepakaran teknikal dan kemahiran vokasional yang tinggi,” katanya.

MAJLIS Graduasi GiatMARA Malaysia Ke-38 Sidang 9 yang diadakan di PCC Demak, hari ini. Foto GiatMARA Sarawak

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi GiatMARA Malaysia Ke-38 Sidang 9 yang diadakan di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,006 graduan GiatMARA diraikan atas kejayaan menamatkan latihan masing-masing, dengan 424 graduan hadir secara bersemuka bagi menerima sijil kejayaan.

Menurut Che Rahim, GiatMARA terus menjadi institusi pilihan dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi kehendak industri. 

Sejak penubuhannya pada 1986, GiatMARA kini mengendalikan 232 pusat kemahiran di seluruh negara dengan lebih 100 kursus sepenuh masa dan 400 kursus separuh masa dalam pelbagai bidang.

MAJLIS Graduasi GiatMARA Malaysia Ke-38 Sidang 9 yang diadakan di PCC Demak, hari ini. Foto GiatMARA Sarawak

Beliau turut menegaskan bahawa kadar kebolehpasaran graduan GiatMARA kini mencapai 99.49 peratus bagi 2024, bukti kukuh bahawa graduan GiatMara diiktiraf oleh industri dan berupaya menyumbang secara efektif kepada pasaran kerja negara.

Di Sarawak, katanya, kejayaan lepasan GiatMARA semakin terserlah apabila ramai pelatih dalam bidang Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam berjaya diserap ke syarikat besar seperti Sarawak Energy Berhad, antara peneraju industri tenaga di negeri itu.

Selain melahirkan tenaga mahir, GiatMara juga berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya hasil program keusahawanan peralihan yang mengubah kemahiran teknikal kepada bidang perniagaan.

Antaranya, Ismail Hanizam Safri dari GiatMARA Stampin yang kini memiliki perniagaan katering dan kafe dengan pendapatan kasar tahunan RM800,000; Sulaiman Ibrahim dari GiatMARA Bandar Kuching yang mengusahakan bengkel automotif dengan pendapatan melebihi RM1 juta setahun.

Serta Zunaidah Zamain dari GiatMARA Stampin yang mengusahakan produk sejuk beku berasaskan kelapa dengan pendapatan RM180,000 setahun.

MAJLIS Graduasi GiatMARA Malaysia Ke-38 Sidang 9 yang diadakan di PCC Demak, hari ini. Foto GiatMARA Sarawak

“Setakat ini kita telah mengumpul 50 usahawan jutawan lepasan GiatMARA yang kejayaan mereka didokumentasikan dalam buku 50 Permata Biru, dan kita akan menerbitkan Vol. 2 tidak lama lagi,” kata Che Rahim.

Beliau turut berpesan kepada para graduan agar terus menjadi ejen perubahan dan duta kepada GiatMARA dengan menyumbang semula kepada pembangunan masyarakat serta kemajuan ekonomi negara.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Taklimat Pendidikan Premier Sarawak tegaskan fokus kerajaan terhadap pelajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.