Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS kecewa tahap kebersihan di kawasan pusat bandar Sibu masih membimbangkan
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS kecewa tahap kebersihan di kawasan pusat bandar Sibu masih membimbangkan

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR… Pemandangan dari tingkat 24 Pejabat Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menunjukkan keadaan kebersihan yang kurang memuaskan di sekitar kawasan pusat bandar Sibu.

SIBU: Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting, melahirkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan di beberapa kawasan dalam daerah pusat perniagaan (CBD) Sibu yang disifatkannya masih tidak memuaskan walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak majlis.

Beliau berkata, keadaan di kawasan tempat letak kereta, tebingan sungai serta sekitar Jalan Kampung Datu masih dipenuhi sampah, khususnya pada hari-hari tertentu apabila terdapat aktiviti seperti penjualan nombor ramalan dan lain-lain.

“Selepas pelbagai usaha menekankan kepentingan kebersihan, nampaknya masalah ini masih lagi berterusan. Saya amat kecewa mengenai perkara ini kerana semakin kerap kita menjalankan kerja pembersihan, semakin ramai pula yang membuang sampah merata-rata,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Penuh Bulanan MPS yang diadakan di sini, hari ini.

Clarence turut menegaskan bahawa kawasan seperti hadapan pasar raya di pusat bandar merupakan antara lokasi paling sibuk dan memerlukan perhatian serius daripada semua pihak.

Katanya, beliau sendiri pernah menyaksikan individu membuang plastik berisi sampah dari dalam kereta, dan menyifatkan tindakan itu sebagai amat mengecewakan serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan awam.

“Ini cabaran besar bagi kita dan saya ingin menekankan bahawa semua ahli majlis perlu memastikan Sibu sentiasa bersih. Ia sangat penting dan kritikal,” tegasnya.

Dalam mesyuarat sama, Clarence turut menggesa semua ahli majlis agar memberikan sokongan penuh terhadap Program Reduce, Clean dan Sustain (RCS) yang akan dilaksanakan di beberapa lokasi, termasuk di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada 1 November dan Star Mega Mall pada 8 November ini.

Beliau juga mengingatkan ahli majlis supaya turut serta dan memberikan komitmen padu terhadap pelaksanaan program berkenaan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MPS, Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, serta semua ahli majlis MPS.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Operasi cari mangsa disambar buaya di Niah masih dijalankan
Next: Ular sawa lima kaki ditangkap APM Sri Aman selepas menelan itik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.