Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lawatan rasmi ke Mesir: Delegasi Sarawak perkukuh kerjasama, kebajikan pelajar
  • PENDIDIKAN

Lawatan rasmi ke Mesir: Delegasi Sarawak perkukuh kerjasama, kebajikan pelajar

Utusan Sarawak 1 day ago
LAWATAN… Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak mengetuai lawatan kerja Yayasan Sarawak dan Majlis Islam Sarawak (MIS) ke Mesir. Foto UKAS

MESIR: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak mengetuai lawatan kerja Yayasan Sarawak dan Majlis Islam Sarawak (MIS) ke Mesir.

Lawatan berkenaan bertujuan meninjau kebajikan penuntut Sarawak serta memperkukuh jaringan kerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Mesir.

Tinjauan yang berlangsung bermula Selasa lalu hingga esok, merangkumi lawatan ke Asrama Kenyalang Sarawak (AKS) di Kaherah, serta sesi libat urus bersama penuntut Sarawak yang berada di Kaherah dan Iskandariah.

Selain itu, delegasi turut mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir, Dato’ Mohd Tarid Sufian bagi mengukuhkan kerjasama strategik demi kesejahteraan komuniti pelajar Sarawak yang sedang menuntut dalam pelbagai bidang universiti di Mesir.

Turut serta dalam lawatan kerja rasmi itu ialah Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha, Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yassin serta pegawai kanan daripada Yayasan Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Sarawak Skills kini peneraju utama TVET
Next: KAFA: Kerajaan perinci usaha digitalisasi, terapkan AI dalam pengajaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.