Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei perkukuh ilmu keselamatan kebakaran melalui ceramah
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei perkukuh ilmu keselamatan kebakaran melalui ceramah

Utusan Sarawak 1 day ago
FOKUS… Peserta belajar cara mengendalikan kebakaran dapur. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei meneruskan inisiatif memperkukuh ilmu keselamatan kebakaran melalui ceramah keselamatan kebakaran dan I-Suri di Pusat Masakan KEMAS Sungai Baron, semalam.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata program bermula 9.00 pagi hingga 1.00 petang. 

“Program memberi penekanan terhadap aspek keselamatan asas serta kemahiran mengendalikan situasi kebakaran di dapur dengan cara yang betul dan selamat.

“Ceramah keselamatan kebakaran bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pemadaman menggunakan alat pemadam api. 

ALAT PEMADAM API….Cara pengendalian alat pemadam api dengan betul turut diajar kepada peserta. Foto BBP Sarikei 

“Selain itu, para peserta turut diajar cara memadam api dapur menggunakan kain basah dan kaedah pengendalian tong gas dengan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, program tersebut juga memberi ruang kepada peserta untuk memahami risiko kebakaran domestik serta kepentingan bertindak pantas sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

“Latihan seperti ini amat penting bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan kefahaman terhadap tindakan awal yang boleh mengelakkan kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda. 

“Program kesedaran awam seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan masyarakat sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran di kediaman mahupun premis,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sistem peparitan dinaik taraf, atasi risiko limpahan air
Next: IPD Meradong pantau sekolah, teguh komitmen lindungi murid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.