Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • APM Sri Aman terima kenderaan penyelamat baharu tingkat kecekapan operasi 
  • Tengah
  • WILAYAH

APM Sri Aman terima kenderaan penyelamat baharu tingkat kecekapan operasi 

Utusan Sarawak 1 day ago
MAJLIS penyerahan kenderaan berkenaan berlangsung di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sri Aman petang tadi. Foto: APM Sri Aman

SIMANGGANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman hari ini menerima sebuah kenderaan Light Rescue Vehicle (LRV) baharu jenis JMC bagi memperkukuh keupayaan logistik dan kesiapsiagaan pasukan menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Majlis penyerahan kenderaan berkenaan berlangsung di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sri Aman petang tadi dengan penyerahan rasmi dibuat oleh pihak pembekal, Kuasa Saksama Sdn. Bhd.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan Kamal Bujang berkata penerimaan aset baharu itu akan meningkatkan kecekapan anggota dalam melaksanakan tugas-tugas menyelamat terutama ketika bencana seperti banjir, kemalangan jalan raya dan operasi mencari serta menyelamat (SAR).

“Kami telah melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap semua peralatan yang dibekalkan bersama kenderaan ini mengikut Pesanan Penghantaran (DO) dan mendapati semuanya berada dalam keadaan baik serta sempurna.

“Menariknya, terdapat juga penambahan peralatan tambahan yang tidak disenaraikan dalam lampiran asal iaitu empat tali sepanjang 100 meter setiap satu,” katanya.

Beliau menambah, aset baharu ini akan ditempatkan di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Sri Aman dan bersedia digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu operasi menyelamat di seluruh kawasan tanggungjawab mereka.

Langkah penambahan aset ini jelas menunjukkan komitmen berterusan pihak APM dalam memperkukuh kesiapsiagaan pasukan serta memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pondok kupon parkir Kuching bakal dinaik taraf kepada pondok moden bercirikan teknologi hijau
Next: Kerja naik taraf Jalan Ling Kai Cheng dijalankan waktu malam elak gangguan trafik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.