Kenderaan musnah terbakar berhampiran SK Orang Kaya Mohamad

Facebook
WhatsApp
PADAM KEBAKARAN… Anggota BBP Bintulu menjalankan operasi memadam kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar sepenuhnya berhampiran SK Orang Kaya Mohamad di Bintulu semalam.  Foto JPBM Sarawak

BINTULU: Sebuah kenderaan musnah terbakar dalam satu insiden kebakaran berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohamad di sini, semalam.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada 12.35 tengah malam.

Susulan itu, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu melibatkan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar 100 peratus. 

“Pasukan operasi menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan sumber air dari tangki jentera,” katanya.

Bagaimana, tiada mangsa dilaporkan dalam insiden tersebut dan pemilik kenderaan tidak berada di tempat kejadian.

Api berjaya dikawal pada 12.50 tengah malam dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.59 tengah malam.

Oleh Carolyne Utih

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis