Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ADUN Tamin lawat tapak bina Rumah Agak
  • TEMPATAN

ADUN Tamin lawat tapak bina Rumah Agak

Utusan Sarawak 5 years ago
LAWATAN TAPAK… Gira ketika melawat tapak pembinaan Rumah Agak di Batu 32, Jalan Oya. Turut kelihatan Ngalai (dua, kanan) serta yang lain.

SIBU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang meluangkan masa turun padang melawat tapak pembinaan Rumah Agak di Batu 32, Jalan Oya, di sini semalam.

Sempena lawatannya itu, Gira menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 dalam bentuk bahan binaan menerusi Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) kepada penduduk rumah panjang tersebut.

Selain itu, beliau turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM5,000 kepada Biro Wanita Rumah Agak menerusi projek kecil luar bandar (MRP).

Gira berkata, perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan berpegang kepada prinsip Utamakan Sarawak sangat jelas.

Katanya, GPS di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengamalkan politik pembangunan yang menjadi pemangkin pembangunan di Sarawak.

“Semua rakyat di peringkat akar umbi harus memahaminya, setiap tindakannya memberi manfaat kepada Sarawak. GPS wajar disokong selagi mana semangat Utamakan Sarawak tidak dipinggirkan.

“Ini kerana GPS adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan, menjaga, memelihara dan menuntut hak Sarawak,” jelasnya.

Turut hadir ialah Penghulu Andrewson Ngalai Asom, Penghulu Surang Takin, Tuai Rumah serta penduduk setempat.

Continue Reading

Previous: KMKK perlu miliki jati diri
Next: Sarawak contoh perpaduan kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.