Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jejantas baharu legakan penduduk Rumah Regina Kumjum
  • Tengah
  • WILAYAH

Jejantas baharu legakan penduduk Rumah Regina Kumjum

Utusan Sarawak 17 hours ago
TERIMA KASIH….Penolong Jurutera MDS (dua kiri) menyerahkan dokumen siap projek RTP kepada Tuai Rumah Regina Kumjum sambil disaksikan oleh Wong Soon Mee. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Masalah jejantas uzur yang menjejaskan urusan harian penduduk Rumah Regina Kumjum, Sungai Selidap akhirnya selesai apabila projek pembinaan jejantas kayu baharu berjaya disiapkan baru-baru ini.

Projek tersebut dilaksanakan hasil inisiatif Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Jejantas baharu itu sekali gus menggantikan struktur lama yang tidak lagi selamat digunakan terutama ketika musim hujan, di mana penduduk bergantung kepada laluan tersebut bagi urusan harian dan aktiviti pengangkutan sungai.

Rumah Regina yang mempunyai 32 pintu kini menikmati kemudahan yang lebih selamat dan selesa bukan sahaja untuk kegunaan penduduk, malah turut memudahkan urusan ekonomi seperti memunggah hasil pertanian serta akses keluar masuk dari rumah panjang.

Tiong Sii diwakili oleh Wong Soon Mee bersama pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei bagi menyaksikan penyerahan siap kerja projek tersebut di Rumah Panjang Regina, Sungai Selidap.

Dalam kenyataannya, Tiong Sii menegaskan bahawa pembangunan luar bandar sentiasa menjadi keutamaannya dalam memastikan kesejahteraan rakyat di kawasan Parlimen Sarikei dan DUN Repok terus terjamin.

“Saya sentiasa menekankan bahawa pembangunan di luar bandar bukan semata-mata mengenai projek besar, tetapi juga keperluan asas yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. 

“Pembinaan jejantas kayu seperti di Rumah Regina ini memberi impak besar terhadap kehidupan harian penduduk,” katanya.

Tambahnya, kerajaan akan terus berusaha memastikan setiap permohonan dan keperluan masyarakat luar bandar diberi perhatian sewajarnya. 

“Kita mahu rakyat menikmati kemudahan yang lebih selamat dan selesa selaras dengan aspirasi pembangunan negeri dan negara,” katanya.

Turut hadir Penolong Jurutera Majlis Daerah Sarikei (MDS), Joviana Joklin dan Tuai Rumah Regina Kumjum.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gereja BEM Bandar Bintangor perkukuh perpaduan, sambut ulang tahun ke-36
Next: 36 murid Tabika KEMAS sertai lawatan sambil belajar di Borneo Empurau Farm

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.