
KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang dari Kampung Seratau, Jalan Kuching-Serian.
Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz berkata, Balai Polis Kota Siburan menerima laporan sekitar 10.40 malam pada 26 Oktober berhubung kehilangan remaja perempuan berkenaan yang dikenali sebagai Delnilia Danny.
“Dia kali terakhir dilihat pada 25 Oktober sekitar 11.00 malam di Kampung Seratau. Ketika itu, dia memakai baju tanpa lengan berwarna putih dan seluar panjang kain berwarna krim,” katanya.
Irwan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja perempuan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 018-3673144, Bilik Gerakan IPD Padawan di 082-862233, atau balai polis yang berhampiran.