Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Anwar, Trump saksikan pemeteraian ‘Delivering Peace’ Thailand – Kemboja
  • NASIONAL

Anwar, Trump saksikan pemeteraian ‘Delivering Peace’ Thailand – Kemboja

Utusan Sarawak 5 hours ago
Perjanjian damai itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula pada hari ini. Pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Thailand dan Kemboja hari ini menandatangani ‘Delivering Peace – Cambodia–Thailand Peace Deal’ menandakan langkah rasmi ke arah menghentikan pertelingkahan dan memulihkan keamanan di sepanjang sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Perjanjian damai itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula pada hari ini.

Pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Turut hadir ke majlis penandatanganan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hadir sama, Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.

Malaysia memegang tampuk kepengerusian ASEAN buat kali kelima tahun ini sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967, selepas pernah menjadi tuan rumah pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Trump tiba di Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, lawatan Presiden AS pertama dalam tempoh sedekad
Next: Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.