Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Skuad Kasih Sayang Bekenu santuni warga emas dan pesakit terlantar
  • Utara
  • WILAYAH

Skuad Kasih Sayang Bekenu santuni warga emas dan pesakit terlantar

Utusan Sarawak 5 hours ago
KUNJUNG… Datuk Rosey Yunus bersama rombongan ketika berkunjung ke kediaman Sibeng Brahim, 95, di Kampung Padang Kelulit semalam.

BEKENU: Skuad Kasih Sayang (SKS) Bekenu santuni warga emas dan pesakit terlantar di empat kampung di sini semalam.

Rombongan itu telah diketuai oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus bersama ahli SKS Bekenu.

LAWAT… Datuk Rosey Yunus ketika melawat Mudin Isa di Kampung Padang yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya September lepas.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, program ziarah ini merupakan aktiviti bulanan SKS Bekenu yang sentiasa ada berkunjung ke kampung dan rumah panjang di sini.

“Objektif utama ditumpukan ialah tentang kebajikan dan keperluan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan, seperti warga emas dan pesakit terlantar.

JENGUK… Datuk Rosey rakam kenangan dan rombongan ketika melawat Puasa Karim di Kampung Pejuang Kelulit semalam.

“Turut dititikberatkan tentang pembangunan keselamatan kampung dan rumah panjang bersama Biro-biro Wanita,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Kelulit, semalam.

Antara kampung dikunjungi ialah Kampung Padang, Pejuang, Sulap Lada dan Labau yang kesemuanya terletak di Jalan Persisiran Pantai Bekenu Niah.

Turut bersama rombongan Pemanca Dr Ali Mudin, Ketua Kaum (KK) Noriah, KK Arman dan KK Maimon.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 31 anggota RELA Pakan sertai latihan kesedaran keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.