Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 31 anggota RELA Pakan sertai latihan kesedaran keselamatan
  • Tengah
  • WILAYAH

31 anggota RELA Pakan sertai latihan kesedaran keselamatan

Utusan Sarawak 7 hours ago
TEKNIK CPR….Anggota Rela Pakan belajar cara teknik CPR. Foto BBP Bintangor 
 

PAKAN: Seramai 31 anggota RELA Pakan menyertai program kesedaran awam berbentuk ceramah dan demonstrasi keselamatan yang dianjurkan di Dewan Tertutup Futsal, Rumah George, Nansang. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program bermula 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang tersebut dikendalikan oleh dua orang anggota dari BBP Bintangor, baru-baru ini. 

“Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan asas penyertaan dalam pengendalian insiden kecemasan, khususnya melibatkan kebakaran dan bantuan awal.

“Ia memberi pendedahan penting kepada anggota RELA mengenai langkah pencegahan kebakaran dan asas rawatan awal supaya mereka dapat bertindak dengan lebih yakin sekiranya berlaku kecemasan,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, latihan tersebut amat berguna kerana RELA sering terlibat dalam operasi masyarakat dan berada dekat dengan komuniti setempat.

“Dengan pengetahuan asas seperti teknik bantuan penafasan (CPR), cara membalut luka serta teknik mencegah dan mengawal kebakaran kecil, mereka boleh menjadi barisan sokongan awal sebelum ketibaan pasukan penyelamat. 

“Antara pengisian program termasuklah ceramah kesedaran dan pencegahan kebakaran, demonstrasi rawatan awal luka dan membalut kecederaan serta sesi tunjuk ajar teknik CPR,” ujarnya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Julau digesa terus usahakan tanaman komoditi demi pendapatan mampan
Next: Skuad Kasih Sayang Bekenu santuni warga emas dan pesakit terlantar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.