NONTHABURI: Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kesihatan Awam Thai, Anutin Charnvirakul melancarkan satu konvensyen untuk merangsang ekonomi setelah negara tersebut bebas daripada jangkitan tempatan Covid-19 selama 100 hari, lapor Agensi Berita Thai (TNA).
Anutin mengatakan bahawa negara tersebut kini bebas daripada jangkitan Covid-19 setelah 100 hari dan kerajaan Thai juga sedang melaksanakan perintah sekatan dalam mengawal penularan wabak tersebut, meransang ekonomi negara, membantu rakyatnya menjana pendapatan dan pada masa sama, memastikan keselamatan awam terjamin.
Beliau menekankan Biro Konvensyen dan Pameran Thailand dan Kementerian Kesihatan Awam telah membangunkan satu sistem untuk menjamin kebersihan serta keselamatan semasa mesyuarat dan semina. Mereka telah memberikan ‘MICE City’ health certificates ke tempat untuk mengadakan mesyuarat atau pertemuan di Bangkok, Khon Kaen, Chiang Mai, Nakhon Ratchasima, Pattaya, Phuket dan Songkhla.
“Syarat untuk pensijilan tersebut merangkumi tempat untuk mesyuarat terbesar dan penjarakan fizikal. Setiap organisasi juga digalakkan mengadakan mesyuarat dan menyediakan kemudahan untuk mereka yang menghadirinya,” jelasnya lagi. – Bernama