Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir
  • GLOBAL

Waktu di Eropah dilambatkan satu jam ketika musim panas berakhir

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR HIASAN…Burung merpati terbang di bawah langit kelabu dengan latar belakang kawasan pencakar langit daerah perbankan di Frankfurt am Main, barat Jerman, pada 23 Oktober 2025. Foto AFP

BRAUNSCHWEIG, Jerman: Waktu penjimatan siang di Eropah berakhir pada awal pagi Ahad apabila jam diundur satu jam sebagai tanda beralih kepada waktu musim sejuk, lapor agensi berita Jerman dpa.

Jam di seluruh rantau itu dilambatkan daripada 3.00 pagi kepada 2.00 pagi, dengan waktu biasa atau waktu musim sejuk berkuat kuasa semula sehingga 29 Mac 2026.

Di Jerman, isyarat bagi pelarasan automatik jam dihantar oleh Institut Fizik dan Metrologi Persekutuan (PTB) yang berpangkalan di bandar utara Braunschweig.

Pakar PTB memastikan jam kawalan radio, jam di stesen kereta api dan pelbagai jam industri menerima isyarat tersebut melalui pemancar gelombang panjang yang dikenali sebagai DCF77 di Mainflingen, berhampiran Frankfurt.

Perubahan waktu ini bertujuan memanfaatkan cahaya siang dengan lebih baik pada hari-hari yang lebih pendek semasa musim sejuk di hemisfera utara, namun pengkritik meragui langkah itu benar-benar menjimatkan tenaga seperti yang sering diperkatakan.

-BERNAMA-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi magnitud 5.9 landa timur Hokkaido, tiada ancaman tsunami
Next: Lebih 100 penyiasat untuk kes rompakan Muzium Louvre – Pendakwa Raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.