LAGOS: Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan terkorban dalam dua insiden berasingan nahas bot di Nigeria, kata pegawai tempatan pada Selasa.
Dalam kejadian pertama tersebut berlaku pada Isnin, yang menyebabkan dua nyawa terkorban manakala beberapa lagi mangsa lain disahkan hilang selepas bot nelayan yang membawa beberapa orang berkabung menuju ke satu pengebumian yang membabitkan nahas bot terbalik di luar ibu kota Lagos, kata sebuah agensi keselamatan kerajaan.
Empat orang dilaporkan terselamat. Dan ketujuh-tujuh penumpang tersebut tidak memakai jaket keselamatan, memetik kenyataan itu.
Dalam satu insiden berasingan pada Isnin pula, yang mana 10 tetamu yang menghadiri satu majlis perkahwinan dilaporkan mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik di daerah Jega di wilayah barat laut Kebbi, kata seorang pegawai kecemasan.
Agensi Pengurusan Hal Ehwal Kecemasan Kebbi menyatakan bahawa mangsa-mangsa pada ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke satu majlis perkahwinan di sebuah kampung seberang sungai.
“Bot berkenaan terbalik akibat gelombang besar berikutan hujan lebat. Kesemua 10 penumpang bot tersebut mati lemas. Empat mayat mangsa telah dijumpai manakala usaha mencari enam lagi mangsa masih dijalankan,” katanya kepada AFP.
“Operasi mencari dan menyelamat adalah sangat sukar kerana mayat mangsa telah dibawa arus,” tambahnya lagi.
Peristiwa nahas bot itu kerap berlaku di Nigeria disebabkan lebihan muatan penumpang, tidak mengedahkan panduan keselamatan, kurangnya penyelenggaraan dan juga cuaca buruk. – AFP