Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • POSKOM Belaga tingkat penglibatan komuniti luar bandar dalam pembangunan setempat
  • WILAYAH

POSKOM Belaga tingkat penglibatan komuniti luar bandar dalam pembangunan setempat

Utusan Sarawak 1 day ago
WAKIL agensi kerajaan dan NGO bergambar bersama komuniti setempat selepas pelancaran POSKOM Daerah Belaga 2025 di Dewan Masyarakat Belaga, hari ini.

BELAGA: Kerajaan terus melibatkan masyarakat luar bandar dalam agenda pembangunan melalui Program Jangkauan: Santuni Komuniti (POSKOM) Daerah Belaga 2025 yang diadakan di Dewan Masyarakat Belaga di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjadi wadah untuk mendengar suara rakyat serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam merangka keperluan pembangunan setempat.

PENOLONG Pegawai Daerah Belaga, Zain Rocky mewakili Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong ketika berucap merasmikan POSKOM Daerah Belaga 2025 di Dewan Masyarakat Belaga, hari ini.

Menurutnya, pendekatan bersepadu yang dibawa melalui POSKOM bukan sahaja memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat tetapi turut membolehkan komuniti memainkan peranan aktif dalam memastikan pembangunan yang dilaksanakan selaras dengan keperluan setempat.

“Antara objektif utama program POSKOM adalah memberi peluang kepada komuniti mendapatkan maklumat dan perkhidmatan secara langsung seperti yang diadakan pada hari ini.

“Ia juga membuka ruang kepada mereka untuk mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan, serta menjadikan maklum balas tersebut sebagai input penting dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan.

“Di samping itu, program ini turut bertujuan meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap fungsi dan peranan JKM Sarawak dalam menyantuni komuniti secara menyeluruh hingga ke akar umbi,” katanya.

PENDUDUK tempatan mendapatkan khidmat yang disediakan semasa POSKOM Daerah Belaga 2025, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Penolong Pegawai Daerah Belaga, Zain Rocky, semasa merasmikan program berkenaan.

Program tersebut turut menampilkan pelbagai inisiatif seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pendaftaran bantuan kebajikan, bengkel pendidikan serta aktiviti kesedaran masyarakat, yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk luar bandar di daerah ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Santuni Komuniti Belaga pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir
Next: Enam Projek RTP bernilai RM700,000 dilaksanakan di DUN Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.