Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak kini penyumbang terbesar petroleum negara – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak kini penyumbang terbesar petroleum negara – Abang Johari

Utusan Sarawak 5 hours ago
JELASKAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Regatta Sarawak dan Festival Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2025 di Tebingan Kuching, hari ini.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan bahawa Sarawak kini merupakan penyumbang terbesar dalam pengeluaran petroleum di Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan itu membuktikan kekuatan ekonomi Sarawak hasil pengurusan sumber tenaga berkesan serta usaha Kerajaan Sarawak memperkukuh sektor minyak dan gas melalui Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

“Memang kita adalah penyumbang terbesar di Malaysia. Sebab itulah lebih baik untuk kita bekerjasama untuk keuntungan kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian International Dragon Boat Festival 2025 di Tebingan Sungai Kuching, hari ini.

Laporan Channel News Asia pada September lalu menyebut Sarawak kini menyumbang lebih 60 peratus daripada pengeluaran minyak dan gas negara, dengan rizab tenaga dianggarkan melebihi RM285 bilion, bersamaan hampir 30 peratus daripada permintaan petroleum Malaysia.

Perkembangan itu turut didorong oleh pelaksanaan Dasar Pengkomersialan Gas (Commercialisation of Gas Policy – COGas) dan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (Distribution of Gas Ordinance 2016) yang memberi kuasa autonomi kepada Sarawak untuk mengurus serta mengkomersialkan gas asli di negeri ini.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Hujan lebat, angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri termasuk Sarawak
Next: Lan Berambeh Anak Sarawak 2025 himpun lebih 3,500 anak Sarawak, persiapan lancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.