Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sajak
  • TEMPATAN
  • WBS

Sajak

Utusan Sarawak 22 hours ago


Resam Gunting

gunting

memang resamnya memotong segala

namun ia lupa

tika menggunting batu

bilahnya kemik

tumpul tajamnya.

Johari A. Julaihi

Kota Samarahan,

Bumi Kenyalang.


Jika Cinta

Jika cinta adalah

burung yang terbang

maka aku harus belajar

untuk melepaskan. Biarlah

ia pergi dengan angin

meski hatiku patah

menahan rindu.

Jika cinta adalah

angin yang bertiup

maka aku harus belajar

menjadi daun. Membiarkan

ia menari dengan bebas

meski aku kan luruh

ke tanah sepi.

Dan jika cinta adalah

luka, maka aku adalah parut

yang tak akan sembuh.

Siti Hajar Ahmad

Kuching


Resah

Sanubari ini

membawa pilu yang

terus digundah pohon keresahan

membelit setiap penjuru jiwa.

Keresahan itu

angkara asmaraku yang

bagai sang burung

menyintai sang ikan

terbelah oleh jurang takdir.

Walau pahit rasanya,

ingatlah wahai hamba

setiap nafasmu

adalah kurniaan

kecintaanmu pada yang maha esa.

Usah kerana ingin

memetik sekuntum mawar,

pinggiri tuannya.

Soh Wei Wen

Miri

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak terus perkukuh perpaduan antara penganut pelbagai agama
Next: Program R2G Sarawak 2025 MTDC bantu tingkat penerimagunaan teknologi, pembiayaan inovasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.