Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis
  • SUKAN

Tang Jie-Ee Wei, Soon Huat-Shevon mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis

Utusan Sarawak 1 day ago
GANDINGAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Foto Facebook Badminton Association Malaysia

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara yang baru dinobatkan sebagai juara dunia,Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pasangan profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menempah tempat ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2025 di Cesson-Sevigne, hari ini.

Dalam aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 750 di Glaz Arena, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan semangat juang tinggi apabila menundukkan pasangan Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang dengan keputusan 16-21, 21-16, 21-12.

Pilihan keempat itu bakal berdepan satu lagi gandingan dari Taiwan,Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, yang sebelum ini menewaskan wakil Sepanyol, Ruben Garcia-Lucia Rodriguez, 21-9, 21-16.

Sementara itu, pasangan pilihan kelapan Soon Huat-Shevon turut melakarkan kemenangan selepas berhempas pulas selama 59 minit untuk menyingkirkan beregu bukan pilihan dari Indonesia, Amri Syahwani-Nita Violina Marwah, 15-21, 21-17, 21-17.

GOH Soon Huat-Shevon Lai Jemie. Foto Facebook Badminton Association Malaysia

Pasangan suami isteri itu akan berdepan beregu Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson, yang turut bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menundukkan wakil Korea Selatan, Jongmin-Chae Yu Jung,14-21, 21-12, 21-16.

Dalam satu lagi aksi, beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King membuka kempen mereka dengan langkah kanan selepas menewaskan pasangan tuan rumah,Eloi Adam-Leo Rossi, 21-19, 21-17.

Wan Arif-Roy King dijangka bertemu pilihan keempat dari China,Liang Wei Keng-Wang Chang atau rakan senegara mereka, Xie Haonan-Zeng Wei Han pada pusingan kedua esok.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pasukan SAGGA Sarawak bersiap sedia hadapi Siri Akhir Piala Dunia MAGGA-IFAGG 2025
Next: Liverpool tamatkan rentetan kekalahan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.