Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM750,000 diperuntuk laksana empat projek RTP di DUN Kabong
  • Selatan
  • WILAYAH

RM750,000 diperuntuk laksana empat projek RTP di DUN Kabong

Utusan Sarawak 1 day ago

Majlis ringkas serah tapak bagi melaksanakan empat projek RTP di sekitar DUN Kabong telah diadakan hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Sebanyak RM750,000 diperuntukkan bagi melaksanakan empat projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, sebagai usaha berterusan meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan luar bandar terus diperkasa serta manfaatnya dirasai rakyat di peringkat akar umbi.

“Majlis ringkas serah tapak bagi projek-projek RTP DUN Kabong telah diadakan hari ini bagi menandakan permulaan kepada pelaksanaan beberapa inisiatif penting yang akan memudahkan urusan harian penduduk,” katanya.

Antara projek yang akan dilaksanakan ialah naik taraf Dewan Terbuka Rumah Nyandang, Ulu Roban bernilai RM100,000 yang dilaksanakan oleh Naziranazri Enterprise bermula 7 Oktober 2025 dan dijangka siap pada 23 Februari 2026.

Selain itu, projek naik taraf jalan dan jeti Kampung Sessang bernilai RM250,000 dilaksanakan oleh Darliana Enterprise bermula 7 Oktober 2025 dan dijangka siap pada 23 Mac 2026.

Turut dilaksanakan ialah naik taraf Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) To’ Eman Nyabor bernilai RM200,000 oleh Kamarudin Mustapa bermula 7 Oktober 2025 dan dijangka siap pada 23 Februari 2026.

Majlis ringkas serah tapak bagi melaksanakan empat projek RTP di sekitar DUN Kabong telah diadakan hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Sementara itu, projek pembinaan baharu jambatan di Ladang Sawit Kampung Metang Desa bernilai RM200,000 dilaksanakan oleh Darfirazil Enterprise bermula 6 Oktober 2025 dan dijangka siap pada 23 Mac 2026.

Chee Kadir menegaskan, pelaksanaan projek RTP ini bukan sahaja meningkatkan kemudahan fizikal, tetapi turut memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian pembangunan yang menyeluruh serta inklusif.

Hadir sama Pegawai Daerah Kabong, Tahir Sharee, Pegawai Khas ADUN N.40 Kabong, Nur Elffi Amir, serta wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hobi bantu elak ketagihan gajet, bentuk sahsiah positif
Next: Hospital Miri perlukan penderma darah kumpulan A, B, O dan AB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.