Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Penerbangan Liverpool ke Frankfurt terganggu, Gravenberch tidak sertai kunjungan ke Frankfurt
  • SUKAN

Penerbangan Liverpool ke Frankfurt terganggu, Gravenberch tidak sertai kunjungan ke Frankfurt

Utusan Sarawak 2 days ago
RYAN Gravenberch mengalami kecederaan ketika Liverpool tewas kepada Manchester United. Foto AFP

LIVERPOOL (UK): Persiapan Liverpool menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Eintracht Frankfurt awal pagi esok terganggu selepas masalah teknikal menyebabkan penerbangan mereka ke Jerman tertunda selama tiga jam.

Sidang media pra-perlawanan terpaksa dibatalkan selepas pesawat yang sepatutnya membawa skuad itu mengalami masalah teknikal.

Ryan Gravenberch pula tidak tersenarai dalam skuad 21 pemain yang akhirnya berlepas dari Merseyside selepas mengalami kecederaan buku lali ketika tewas 2-1 kepada Manchester United pada Ahad.

Juara England itu kini berusaha mengelak kekalahan kelima berturut-turut — sesuatu yang tidak berlaku dalam tempoh 73 tahun — ketika mereka bakal berdepan Frankfurt yang terkenal dengan serangan tajam.

“Sidang media pra-perlawanan untuk pertemuan dengan Eintracht Frankfurt dibatalkan,” kata kenyataan Liverpool.

“Kelewatan penerbangan skuad ke Frankfurt akibat masalah teknikal pada pesawat bermaksud sesi taklimat tidak dapat dijalankan.”

Ketiadaan Gravenberch mungkin membuka peluang kepada Florian Wirtz, yang akan kembali ke tanah airnya.

Wirtz diketepikan oleh Arne Slot dalam dua perlawanan terakhir Liga Perdana selepas permulaan yang hambar sejak menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan £100 juta (AS$134 juta) dari Bayer Leverkusen.

Hugo Ekitike juga dijangka kembali dalam kesebelasan utama menentang bekas kelabnya selepas berhijrah dari Frankfurt ke Anfield dengan perpindahan bernilai £69 juta pada Julai lalu.

Kedua-dua pasukan kini mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan pertama Liga Juara-Juara musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Atlet Judo Sarawak raih 8 pingat di Kejohanan Terbuka Judo Johor 2025
Next: Pasukan SAGGA Sarawak bersiap sedia hadapi Siri Akhir Piala Dunia MAGGA-IFAGG 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.