Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa utara Mongolia

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

ULAN BATOR: Gempa bumi berukuran 5.0 magnitud menggegarkan wilayah Khuvsgul di utara Mongolia pada 5.14 petang waktu tempatan hari ini, menurut Institut Astronomi dan Geofizik negara itu, lapor Xinhua.

Pusat gempa, yang terletak 18 kilometer ke tenggara subbahagian pentadbiran Tsetserleg di wilayah Khuvsgul, pada awalnya ditentukan berada pada latitud 49.40 darjah utara dan longitud 97.89 darjah timur, menurut institut itu dalam satu kenyataan.

Agensi itu menambah bahawa gegaran dirasai dengan kuat di seluruh Khuvsgul dan kawasan lain, termasuk wilayah Zavkhan di barat Mongolia, namun tiada kerosakan dilaporkan.

-BERNAMA-XINHUA

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara