Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kursus Pengurusan Penternakan Babi tarik penyertaan ramai di UPM Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Kursus Pengurusan Penternakan Babi tarik penyertaan ramai di UPM Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
 PESERTA Kursus Pengurusan Penternakan Babi bergambar bersama penceramah dan urus setia di UPMS di Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Kursus Pengurusan Penternakan Babi anjuran Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) menerusi Pusat Pertanian Putra (PPP) mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 172 peserta.

Bagi memenuhi permintaan tinggi, kursus berkenaan diadakan dalam dua sesi berasingan masing-masing pada 11 dan 18 Oktober lalu dengan kehadiran 86 peserta bagi setiap sesi.

Menurut Timbalan Pengarah Pusat Pertanian Putra, Profesor Madya Dr. Amy Halimah Rajaee, kursus itu merupakan antara usaha berterusan universiti dalam menyokong pembangunan industri ternakan di Sarawak melalui penyaluran ilmu dan latihan berasaskan amalan terbaik.

“Peserta kursus diharap dapat mematuhi garis panduan penternakan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) kerana ia amat penting bagi memastikan sektor ini terus berkembang dengan selamat dan mampan.

“Kedegilan segelintir pihak boleh mengundang risiko penularan penyakit yang berpotensi menjejaskan keseluruhan sektor penternakan,” katanya.

Kursus teori itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan asas penternakan babi secara sistematik dan berkesan.

Ia merangkumi pelbagai topik seperti pengenalan kepada penternakan babi, pemilihan serta pengurusan baka, reka bentuk kandang dan lokasi, sistem pemeliharaan induk dan pembesaran, pemakanan ternakan, program kesihatan haiwan serta penyediaan dan pengurusan rekod ladang.

Antara penceramah yang terlibat ialah Pegawai Pertanian Kanan yang juga Ketua Seksyen Ternakan dan Akuakultur PPP UPMS, Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna; Pensyarah Kanan Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan UPMS, Dr. Bura Paul Thlama; serta Pegawai Veterinar merangkap Ketua Bahagian Bintulu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak, Dr. Siong Jing Jing.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap witnesses completion of RTP Project at Borneo Garden Recreational Park
Next: Jambatan Batang Lupar 2 capai 72.57 peratus siap, dijangka siap Mac 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.