Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pusat Sains Sarawak siap 80 peratus, dijangka dibuka pertengahan tahun depan – Sagah
  • TEMPATAN

Pusat Sains Sarawak siap 80 peratus, dijangka dibuka pertengahan tahun depan – Sagah

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn. Foto BERNAMA

KOTA SAMARAHAN: Pembinaan Pusat Sains Sarawak kini mencapai kira-kira 80 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2026, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Beliau berkata, projek berkenaan berjalan lebih cepat daripada jadual asal berikutan pelaksanaan kerja pembinaan yang lancar dan teratur.

“Walaupun struktur fizikal bangunan di Petra Jaya hampir siap, kementerian masih menunggu ketibaan pameran serta bahan interaktif yang akan dipamerkan di pusat tersebut,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Discover Science Together di Institut Penyelidikan Gambut Tropika Sarawak di sini, hari ini.

Sagah berkata, majlis perasmian Pusat Sains Sarawak dijangka disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menandakan pembukaan rasmi pusat inovasi dan pendidikan sains terbesar di negeri itu, yang menelan kos RM239 juta.

Katanya, pusat berkenaan dijangka menjadi hab utama pembelajaran dan penerokaan dalam bidang sains, teknologi serta inovasi, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan generasi muda berpengetahuan dan berkemahiran tinggi selaras dengan agenda menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030.

Jelasnya, program dan bengkel yang akan dijalankan di pusat sains itu akan disesuaikan bagi melengkapkan kurikulum sains sekolah melalui pendekatan pembelajaran berasaskan amali (hands-on) dan penyelidikan, yang memuncak kepada projek pelajar.

Pusat Sains Sarawak dibangunkan di atas tapak seluas 4.4 hektar, berhampiran bangunan ibu pejabat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Jalan Stadium, Petra Jaya, Kuching.

Dalam perkembangan lain, Sagah berharap berharap kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan yang adil kepada Sarawak daripada jumlah RM7.9 bilion yang diumumkan bagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam Belanjawan 2026.

Beliau berkata peruntukan itu penting bagi memastikan institusi latihan teknikal dan vokasional di Sarawak terus melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri tempatan.

“Kita memerlukan ramai tenaga teknikal, bukan sahaja mereka yang cemerlang akademik, tetapi juga graduan TVET yang boleh berkhidmat dalam industri,” katanya sambil menyifatkan penekanan kerajaan Persekutuan terhadap TVET sebagai langkah positif ke arah memperkukuh tenaga mahir negara.

Mengulas mengenai Rang Undang-Undang TVET yang dicadangkan, beliau yang juga ahli dalam Majlis TVET Kebangsaan berkata masih terlalu awal untuk memberi komen kerana butirannya belum diperincikan.

-BERNAMA

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksekutif perhotelan rugi RM89,500 terpedaya pelaburan dalam talian
Next: Skim Imbuhan baharu untuk kaunselor, ketua masyarakat sedang dirangka – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.