Puting beliung ragut satu nyawa, empat cedera parah

Facebook
WhatsApp
GAMBAR edaran yang diambil dan dikeluarkan pada 20 Oktober 2025 oleh Syndicat Alliance Police Nationale menunjukkan kerosakan akibat puting beliung di Ermont, Val-d’Oise. Foto AFP

CERGY-PONTOISE, Perancis: Sebuah puting beliung melanda kawasan utara Paris semalam, mengakibatkan tiga kren pembinaan tumbang dan meragut satu nyawa serta mencederakan empat lagi mangsa dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa.

Bandar Ermont, kira-kira 20 kilometer timur laut Paris, merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat puting beliung secara tiba-tiba itu yang menyebabkan kerosakan di sekitar 10 kawasan kejiranan.

Pendakwa raya wilayah, Guirec Le Bras, memberitahu AFP bahawa seorang pekerja binaan lelaki berusia 23 tahun maut di tapak pembinaan, manakala 10 orang lagi cedera, termasuk empat yang dilaporkan parah.

Tornado tersebut turut menyebabkan beberapa kren tumbang dan bumbung bangunan tercabut, kata pihak berkuasa. Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez, menyifatkan kejadian itu sebagai ribut “berintensiti luar biasa” menerusi kenyataan di platform X.

Video yang tular di media sosial menunjukkan tiga kren tumbang dalam selang beberapa saat antara satu sama lain.

Salah satu kren menghempap sebuah klinik namun tiada kecederaan dilaporkan, manakala satu lagi menimpa bangunan kediaman.

Puluhan anggota bomba, polis dan pasukan perubatan telah dikerahkan ke lokasi, menurut pihak berkuasa. – AFP

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara