Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Petra Jaya
  • KEBAKARAN

Rumah tidak berpenghuni musnah terbakar di Petra Jaya

Utusan Sarawak 16 hours ago
KEBAKARAN… Rumah tidak berpenghuni di Maulana Ibrahim 1, Petra Jaya musnah kira-kira 70 peratus terbakar dalam kejadian petang tadi. Foto BBP Petra Jaya

PETRA JAYA: Rumah tidak berpenghuni di Maulana Ibrahim 1 musnah kira-kira 70 peratus selepas terbakar dalam kejadian petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.45 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

KEBAKARAN… Rumah tidak berpenghuni di Maulana Ibrahim 1, Petra Jaya musnah kira-kira 70 peratus terbakar dalam kejadian petang tadi. Foto BBP Petra Jaya

Operasi turut dibantu pasukan dari BBP Tabuan Jaya, dengan keseluruhan 14 anggota dan dua jentera dikerahkan ke tempat kejadian. 

Operasi diketuai oleh PBK II Pandi Sih dari BBP Petra Jaya, manakala PBK II Tahir Tuah mengetuai pasukan bantuan dari BBP Tabuan Jaya.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati rumah kekal berkeluasan 50×50 kaki persegi sedang marak terbakar. 

KEBAKARAN… Bomba memadam kebakaran rumah tidak berpenghuni di Maulana Ibrahim 1, Petra Jaya dalam kejadian petang tadi. Foto BBP Petra Jaya

Anggota bomba menggunakan dua aliran hos dan dua nozel dengan panjang keseluruhan 300 kaki serta sumber air diperoleh daripada pili bomba berhampiran.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.19 malam. Tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut memandangkan rumah berkenaan tidak berpenghuni.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Turut berada di lokasi ialah anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching bagi membantu kawalan keselamatan dan siasatan lanjut.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dapur rumah terbakar di Kampung Senadin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.