Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Trassmerah Kabong dinobat juara tarik tali Hari Sukan Negara Peringkat Sibu 2025
  • SUKAN

Trassmerah Kabong dinobat juara tarik tali Hari Sukan Negara Peringkat Sibu 2025

Utusan Sarawak 10 hours ago
PASUKAN Trassmerah dari Kabong terus mencipta nama apabila sekali lagi muncul juara pada Pertandingan Tarik Tali sempena HSN 2025 Peringkat Bahagian Sibu semalam. Foto Trassmerah Kabong

SIBU: Pasukan Trassmerah dari Kabong muncul juara Pertandingan Tarik Tali bagi kategori Lelaki 720 kilogram (kg) sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Bahagian Sibu yang berlangsung di Padang Bola Sepak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, semalam.

Pada perlawanan akhir yang sengit, Trassmerah berjaya menewaskan pasukan Rope Rebels dari Limbang, sekali gus mengesahkan kejuaraan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala dan pingat.

Naib juara Rope Rebels tidak pulang tangan kosong apabila menerima RM1,500, bersama piala dan pingat.

Sementara itu, pasukan One X One dari Negara Brunei Darussalam meraih tempat ketiga selepas menewaskan KJ Warlord dari Bekenu, dan membawa pulang RM1,000, piala dan pingat. KJ Warlord pula menerima RM500 berserta pingat.

Bagi kategori wanita 680 kg, pasukan Peruwid dari Limbang muncul juara selepas menundukkan MEFA Tow dari Sibu dalam aksi akhir yang penuh dramatik.

Kejayaan itu melayakkan Peruwid Limbang membawa pulang RM1,500, piala dan pingat, manakala MEFA Tow menerima RM800, piala dan pingat sebagai naib juara.

Tempat ketiga kategori wanita dimenangi Triple Hook Women dari Bintangor yang menewaskan Titan Queen dari Sibu, sekali gus membawa pulang RM600, piala dan pingat. Titan Queen pula di tempat keempat dengan RM400 dan pingat.

Dalam pada itu, Pengurus pasukan Trassmerah Kabong, Mohamad Amran Sulaiman berkata kemenangan itu adalah hasil disiplin tinggi, semangat berpasukan serta latihan berterusan yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

“Kami datang ke Sibu dengan semangat juang yang tinggi. Walaupun berdepan dengan lawan-lawan yang hebat, anak-anak buah saya kekal fokus dan menunjukkan kekuatan fizikal serta mental yang luar biasa.

“Kemenangan ini bukan hanya untuk pasukan, tetapi juga untuk seluruh komuniti Kabong yang sentiasa menyokong kami. Ia membuktikan bahawa dengan latihan dan kesungguhan, pasukan luar bandar juga mampu bersaing di peringkat besar seperti ini,” tambahnya.

Secara keseluruhan, pertandingan tarik tali sempena sambutan HSN Peringkat Bahagian Sibu tahun ini menarik penyertaan sebanyak 13 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: SEB A juara beregu campuran Pickleball MAKSAK Sibu
Next: Spurs diaibkan lagi di laman sendiri ketika Villa bangkit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.