Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Op Motosikal: Polis IPD Meradong keluarkan 10 saman, sita motosikal
  • JENAYAH

Op Motosikal: Polis IPD Meradong keluarkan 10 saman, sita motosikal

Utusan Sarawak 10 hours ago
OPERASI… Operasi Op Motosikal dijalankan oleh pihak polis IPD Meradong di kawasan Jalan KJD. Foto IPD Meradong 

BINTANGOR: Sebanyak 10 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong semasa operasi Op Motosikal di kawasan Jalan KJD. 

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering, berkata operasi tersebut bermula 12.00 tengah malam hingga 3.00 pagi tadi. 

“Operasi ini dijalankan bagi membanteras kegiatan lumba haram, pengubahsuaian motosikal serta memastikan penunggang motosikal mematuhi undang-undang serta spesifikasi kenderaan yang ditetapkan.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 10 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya. 

“Antaranya ialah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

OPERASI… Operasi Op Motosikal dijalankan oleh pihak polis IPD Meradong di kawasan Jalan KJD. Foto IPD Meradong 

Tambahnya, selain itu, sebuah motosikal turut disita atas kesalahan melibatkan pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi.

“Pihak IPD Meradong menasihatkan semua penunggang motosikal agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. 

“Ibu bapa juga digesa agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam aktiviti berisiko dan menyalahi undang-undang,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PDRM pergiat operasi cegah jenayah di Lawas
Next: Remaja lakukan aksi ‘wheelie’ ditahan, 28 motosikal disita di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.