Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • SEB A juara beregu campuran Pickleball MAKSAK Sibu
  • SUKAN

SEB A juara beregu campuran Pickleball MAKSAK Sibu

Utusan Sarawak 10 hours ago
TAHNIAH…..Lau Sei Kwong (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan SEB A yang menjuarai kategori beregu campuran Kejohanan Pickleball MAKSAK Bahagian Sibu. Turut kelihatan Nursyarmilla (kiri) dan Nur Fatheen (kanan).

SIBU: Pasukan Sarawak Energy Berhad (SEB) A dinobatkan juara kategori beregu campuran Kejohanan Pickleball MAKSAK Bahagian Sibu sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Bahagian Sibu.

Pasukan Kompleks Islam Sarawak (KIS) muncul naib johan, manakala pasukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) A dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) A masing-masing berkongsi tempat ketiga.

Kategori beregu wanita menyaksikan pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) diumumkan johan, diikuti pasukan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) naib johan dan pasukan Majlis Perbandaran Sibu (SMC) A dan SJK (C) Chung Cheng mendapat tempat ketiga bersama.

Pasukan SMK Bukit Assek muncul johan kategori beregu lelaki menewaskan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM), manakala pasukan SMK Chung Hua dan SEB A masing-masing menang tempat ketiga bersama.

Johan setiap kategori masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM600, trofi, pingat dan hamper. Pemenang naib johan dan tempat ketiga bersama menerima hadiah wang tunai RM400, RM200, trofi, pingat dan hamper.

UNTUK KENANGAN….Lau Sei Kwong (tengah) merakam kenangan bersama para pemain Kejohanan Pickleball MAKSAK Bahagian Sibu sempena HSN 2025 Peringkat Bahagian Sibu.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee, Kapitan Lau Sei Kwong.

Tiang menerusi teks ucapannya berkata, penganjuran kejohanan seumpama ini seiring dengan objektif sambutan Hari Sukan Negara iaitu menjadikan aktiviti sukan sebahagian daripada gaya hidup sihat rakyat Malaysia.

“Selain menggalakkan aktiviti fizikal, kejohanan seperti ini juga dapat memupuk perpaduan, meningkatkan semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan antara penjawat awam serta masyarakat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu turut menggesa agar semangat ‘Fit Malaysia, Aktif Bersama’ terus diterapkan dalam kalangan masyarakat bagi memastikan gaya hidup sihat menjadi amalan berterusan.

Kejohanan tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu 2025 yang berlangsung selama dua hari, iaitu semalam dan berakhir hari ini.

Turut hadir Setiausaha MAKSAK Bahagian Sibu yang juga pengerusi penganjur, Nursyarmilla Jeruis dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Nur Fatheen Khairuzan Seleman.

Oleh Akun Giman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Palace diselamatkan oleh hatrik Mateta
Next: Trassmerah Kabong dinobat juara tarik tali Hari Sukan Negara Peringkat Sibu 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.