Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bateri litium terbakar dalam penerbangan Hangzhou-Seoul, tiada cedera
  • KEBAKARAN

Bateri litium terbakar dalam penerbangan Hangzhou-Seoul, tiada cedera

Utusan Sarawak 21 hours ago
BATERI litium terbakar secara spontan dalam  penerbangan dari Hangzhou di wilayah Zhejiang, timur China, ke Seoul, Republik Korea hari ini.

HANGZHOU: Sebuah bateri litium terbakar secara spontan dalam  penerbangan dari Hangzhou di wilayah Zhejiang, timur China, ke Seoul, Republik Korea hari ini, lapor Xinhua.

Kru penerbangan bertindak segera menangani situasi itu dan tiada kecederaan dilaporkan.

Selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou Xiaoshan pada 9.47 pagi, bateri litium yang disimpan di dalam bagasi kabin seorang penumpang di ruang penyimpanan atas kepala terbakar secara spontan.

Susulan tindakan pantas kru mengendalikan insiden itu, pesawat berkenaan dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai pada 11.05 pagi bagi memastikan keselamatan penerbangan.

Air China, syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan itu, telah mengatur pesawat lain untuk meneruskan perjalanan seperti dijadualkan.

-Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kereta mewah musnah terbakar di Jalan Jee Foh 10
Next: Kebakaran besar di lapangan terbang utama Bangladesh, operasi penerbangan digantung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.